29 Mei 2011

Bagaimanakah Saya Boleh Datang Ke Sekolah?

Lokasi sekolah kami adalah seperti yang ditunjukkan di peta berikut:

Klik gambar bagi mendapatkan resolusi gambar yang lebih besar.

Kenderaan Diri-Sendiri: Anda boleh merujuk kepada peta yang dilampirkan di atas bagi tujuan mengetahui hala tuju perjalanan ke sekolah kami.

Menaiki Teksi / Kereta Sewa: Anda boleh memberitahu pemandu teksi nama sekolah kami, iaitu "SJK (C) Taman Connaught". Sekiranya pemandu teksi tidak mengetahui lokasi sekolah kami, anda juga boleh memberitahunya alamat sekolah kami, iaitu "Jalan Geliga, Taman Connaught".

Menaiki Bas: Lokasi sekolah kami juga diliputi oleh aliran bas RapidKL. Anda boleh menaiki bas T408 yang beroperasi di antara Hab Bas Taman Segar dan Stesen LRT Bandar Tasik Selatan (Aliran Ampang).
  • Sekiranya anda datang dari hala Hab Bas Taman Segar, sila turun di perhentian bas yang berhampiran dengan Public Bank yang berada di sepanjang Lebuhraya Hubungan Timur-Barat (juga dikenali sebagai Lebuhraya Connaught), dan anda perlu melintas ke seberang jalan dan anda akan sampai di stesen minyak BHP.
  • Sekiranya anda datang dari hala Stesen LRT Bandar Tasik Selatan (Aliran Ampang), sila turun di perhentian bas yang berhampiran dengan stesen minyak BHP, yang berada di sepanjang Lebuhraya Hubungan Timur-Barat (juga dikenali sebagai Lebuhraya Connaught).
  • Sekolah kami berada sepanjang Jalan Geliga yang berada di belakang stesen minyak tersebut.
  • *Tambang bas bagi kedua-dua laluan ialah RM 1.00 (RM 0.80 sekiranya anda menggunakan kemudahan kad Touch 'N' Go)
*Tambang bas yang dinyatakan di atas ialah harga tambang yang terkini bermula dari tarikh halaman ini diwujudkan. Sebarang perubahan harga adalah di bawah kawalan pihak RapidKL. Untuk maklumat lanjut, sila melayari laman sesawang RapidKL.

Menaiki LRT: Stesen LRT yang terdekat dan boleh sampai ke sekolah kami ialah Stesen LRT Bandar Tasik Selatan. (Aliran Ampang). Sila naik bas T408 bagi tujuan sampai ke sekolah kami. Anda perlu turun di perhentian bas yang berdekatan dengan stesen minyak BHP. Sekolah kami berada di belakang stesen minyak tersebut. Bagi tujuan kembali ke Stesen LRT Bandar Tasik Selatan, anda perlu melintas ke seberang jalan dan tunggu di perhentian bas yang berdekatan dengan Public Bank.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan