2 Mei 2013

SEJARAH SEKOLAH



1989 - Sekolah diasaskan.

1991 - Perpustakaan sekolah siap dibina dan ditubuhkan jawatankuasanya.

1992 - Pondok membaca, kantin sekolah, gelanggang bola keranjang dan tapak letak kereta telah dibina di bawah tajaan Lembaga Pengelola Sekolah.

1994 - Sekolah dinaiktarafkan kepada sekolah gred A.

1997 - Dewan sekolah siap dibina.

1999 - Bangunan sekolah baru yang mempunyai 15 buah bilik darjah telah dibina di bawah peruntukan RMK7.




2002 - Konsert sekolah diadakan bagi tujuan pengumpulan dana untuk pembinaan bangunan blok D sekolah.

2003- Upacara pecah tanah bagi pembinaan blok D diadakan pada 20/11/2003. 

2004 - Bangunan blok D sekolah siap dibina pada 5/10/2004.Jogathon SJKCTC pertama diadakan bagi tujuan pengumpulan dana untuk tabung TMK sekolah.

2005 - Bangunan blok D sekolah dirasmikan pada 7/5/2005

2006 - Jogathon SJKCTC kedua diadakan bagi tujuan pengumpulan dana untuk tabung pembinaan sekolah.

2007 - Bangunan blok A dan blok B dinaiktarafkan. Konsert sekolah anjuran bersama dengan Tiger diadakan bagi tujuan pengumpulan dana untuk projek naiktaraf kantin, bilik guru dan pusat kegiatan aras bawah bangunan blok C.

2008 - Majlis Makan Malam Mesra diadakan bagi tujuan pengumpulan dana bagi projek naiktaraf perpustakaan dan pembinaan pintu gerbang sekolah.

2009 - Pintu gerbang sekolah siap dibina pada 11 Jun.

2010 - Pondok membaca baru siap dibina. Majlis Ulangtahun ke-21 diadakan.

2011 - Bilik darjah baru, bilik tarian dan kompleks sukan sekolah siap dibina.


2012- Majlis Perasmian bilik darjah baru, bilik tarian dan kompleks sukan sekolah sempena Majlis Makan Malam Ulang Tahun Sekolah Ke-23.

2013- Pada 26 Oktober 2013 Karnival sekolah diadakan ,sepanjang cuti akhir tahun jejantas yang menghubungkan bangunan blok B dan blok C dinaiktaraf.

2014-Projek naiktaraf jejantas menghubungkan blok B dan blok C,telah siap dibina pada 5.2.2014.Majlis Perasmian juga telah dilangsungkan pada 1.11.2014 sempena Majlis Malam Ulang Tahun Sekolah Ke-25.

2015-Mini Karnival Sekolah berjaya dianjurkan di  Kompleks Sukan Sekolah.

2016-Pada 14.5.2016, Jogathon sekolah diadakan di Tasik Permaisuri dengan jayanya.Konsert Sekolah dilangsungkan secara meriah pada 12.11.2016 hingga 13.11.2016 sempena Majlis Malam Ulang Tahun Sekolah Ke-27.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan