11 Apr 2012

Daulat Tuanku

Warga-warga SJK (C) Taman Connaught ingin merakamkan segala sujud dan sembah kepada pertabalan Seri Paduka Baginda Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-14 pada 19 Jamadil Awal 1344H bersamaan 11 April 2012.

Semoga segala rahmat dan nikmat tercurah ke tanah ini sepanjang Tuanku memegang takhta kerajaan Malaysia yang tercinta ini. Raja kita selamat bertakhta.

Raja Payung Rakyat.

Kecemerlangan TC Di Pertandingan Pre-NRC

Tahniah kepada SJK (C) Taman Connaught atas kecemerlangan yang dikecapi oleh warga sekolah di Pra-Pertandingan Robotik Kebangsaan (Pre National Robotic Competition - Pre-NRC) yang diadakan di SJK (C) Kwong Hon pada 8 April 2012. Antara 6 pasukan yang telah mengambil bahagian di pertandingan tersebut, terdapat 4 pasukan mendapat Anugerah Merit Kategori Biasa (Regular Category Merit Award). Berikutlah nama-nama peserta tersebut:

TC 3 - BRENDA TAN AI LING (5H), YAP HUI SHAN (5A), CHOONG MAN SHUN (6C)
TC 4 - BRIAN YOSHIMURA SHINJI (4A), TAN YONG HUI (6C), JAY CHEW RONG XUAN (4A)
TC 5 - NARDONE CLAUDIA (6G), BRYAN LEE JUN SHENG (6H), SOH ZHUAN XEN (6M)
TC 6 - WONG HAO YAO (5C), FONG WENG TUNG (6G), LEE JUN YI (6S)

Tahniah sekali lagi kepada murid-murid yang nama mereka disebut di atas. Semoga anda semua terus mencapai kecemerlangan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

Pengumuman

Pengumuman berkenaan Dengan Cuti Peristiwa Qing Ming, Pembatalan Aktiviti Ko-kurikulum & Kelas Ganti

Untuk resolusi terbaik, sila klik kanan butang tetikus pada gambar di atas dan memilih "Open link in new tab" (Buka pautan di tab muka baru)