9 Ogo 2011

Urutan Berita: Jogathon Sekolah

(Kuala Lumpur, 23 Julai) Jogathon Sekolah berjaya diadakan di Taman Sri Permaisuri, Bandar Tun Razak pada pagi ini. Acara Jogathon Sekolah ini diadakan untuk memungut dana bagi tujuan menyiapkan pembinaan bangunan sekolah baru.

Pihak Lembaga Pengelola Sekolah berharap dapat mengumpulkan dana sebanyak RM 500 ribu untuk menyiapkan projek pembinaan bangunan sekolah baru. Menurut Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah, projek pembinaan bangunan sekolah baru, yang termasuk dusun sekolah, bilik-bilik darjah baru, bilik tarian, pusat aktiviti serba-guna dan padang baru sekolah, sedang dijalankan dengan lancar.

(Sumber: Akhbar Sinchew, 24 Julai 2011, Naskah Tempatan)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan